CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 29, 2008

MY KINDERGARTEN: LiTtLe AuLAd PLaySChOol


Salam. Semoga semua dilimpahi kasih & sayang Allah swt.


Hari ini tadika saya, Little Aulad Playschool dikunjungi beberapa orang kawan. Pn Misra, pengusaha Tadika Kids Excell di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu, is like a sister to me . Dia membawa 2 orang daripada guru-gurunya. Walaupun kami menceburi bisnes yang sama, we get along very well. Kami berkongsi idea, pengalaman dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Jom melawat tadika saya. Di Little Aulad kana k-kanak belajar mengikut tema. Tema minggu ini ialah 'Things We Wear'.




Kanak-kanak 5 tahun membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari dalam subjek bertema 'Grouptime'. Laris betul jualan!




Aktiviti menulis kanak-kanak 6 thn di Language Centre 1


Memerhatikan hasilkerja penulisan kreatif kanak-kanak 6 thn di Language Centre 1



School Assembly setiap pagi.




Math Centre 2




Kanak-kanak sedang belajar matematik secara 'hands-on.

Sunday, April 27, 2008

WoRLd BOok DAy


Salam. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah swt ke atas kita.

23 APRIL telah dipilih sebagai Hari Buku Sedunia - untuk mengingati kita betapa pentingnya membaca, buku & ilmu di dalam hidup kita.

'Everything starts with reading' (anda setuju?) Kerasulan Nabi Muhammad saw juga bermula dengan firman Allah swt "Iqra... Bacalah".

Di mana-mana negara sekali pun, kemahiran membaca dipandang penting. Masyarakat membaca dipandang maju.. Kata Presiden Clinton "Literacy is not a luxury. It is a RIGHT & a RESPONSIBILITY."

Sebagai orang yang terlibat mengajar anak-anak membaca awal & melatih guru dan ibu bapa mengajar anak membaca, saya merasakan satu TRAGEDI sekiranya seorang anak tidak pandai membaca.. Bagaimana pula sekiranya satu keluarga? Atau satu kampung atau satu sekolah ?

Berulang kali saya memberitahu ibu bapa, 'Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi HAK SETIAP ANAK'.

Maka ibu bapalah orang pertama yang dipertanggungjawabkan. Sabda rasulullah saw. "Sesungguhnya sebahagian daripada hak anak ke atas orang tuanya ialah memberi nama yang baik, mengajarnya tulis baca dan menikahnya jika(anaknya itu) sudah dewasa (HR Ibn Hajar& Al BAihaqi drp Abu Hurairah). Ada pepatah Inggeris pula yang berbunyi 'Children are made readers on the laps of their parents.'

Tidak wajarlah kita ibu bapa melepas tangan kepada guru(tadika) sebulat-bulat. Tidak wajarlah sama sekali sekiranya kita menuding jari kepada guru sekiranya anak kita tidak pandai membaca..

Jom, hari ini juga kita ajar anak kita sendiri membaca. Esok kita tolong ajar anak orang lain.

TIP UNTUK IBU BAPA:
1. Talk, talk talk to your child seawal anak dalam kandungan. (Rangsangan pendengaran & penyimpanan perbendaharaan kata).

2. Bacakan buku cerita seawal umur anak berumur 2 minggu. (Minggu pertama mungkin nak concentrate bertungku). Jadikan membaca buku cerita kepada anak anda sebagai budaya keluarga anda.
My children enjoy listening to me read stories sehingga mereka di sekolah rendah(because I'm passionate about it. Passion & enthusiasm are contagious).

3. Ajar 'bunyi huruf'(speech sounds) bukan a, b, c (ei, bi, si). Boleh guna Set Lagu Fonik Abu Ada Ayam (kad imbas huruf, CD audio lagu, buku mewarna. Sesuai untuk anak 6 bulan ke atas).

4. Ajar anak membaca secara lebih tersusun( 2 minit, 3x/sehari) apabila dia berumur 3 tahun (lebih kurang) dengan memilih program bacaan yang terbukti berkesan seperti Bacalah Anakku(He he) untuk Bahasa Melayu atau Readeasy untuk Bahasa Inggeris.

Remember what you are doing is helping to build a NATION of READERS - mengajar anak membaca adalah HAK & TANGGUNGJAWAB.

MALAYSIA IS PROUD OF YOU!

Walau bagaimanapun, JANGAN sekali-kali lupa untuk mengajar anak membaca dalam suasana yang santai dan menyeronokkan! Mereka masih kanak-kanak yang sememangnya dalam alam bermain.




Friday, April 25, 2008

SEMBANG DENGAN BAYI TINGKATKAN IQ


Salam. Semoga semua berada dalam kemanisan iman & rahmat Allah swt.

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dan setiap ibu bapa mahukan anaknya pintar. Kalau boleh umur 2 tahun anak dah pandai membaca buku! Hebat! JAdi apakah yang ibu bapa boleh lakukan untuk mendapat anak pintar?

Cukup MUDAH & MURAH. Modal ayak liuk.

TALK,TALK, TALK to your baby sebanyak mungkin dari lahir hingga 3 tahun. KAjian terbaru menyatakan sebanyak mana anda bercakap dengan bayi anda sebelum dia berumur 3 tahun akan mempengaruhi IQ & kejayaannya nanti. The question is how much talk is enough.

Menurut kajian tadi, the magic number of words is 17,000 - 20,000 words PER DAY. Hei, hei, hei jangan pulak letak baby depan tv ye!

So it seems the QUANTITY not the QUALITY counts. But the sad thing is that many of us don't have the time to do so, especially working mothers. So what can we do? Kita kena pastikan pengasuh atau siapa saja yang menjaga anak kita (Tok & Tok Wan juga) adalah bukan orang yang malas bercakap. Kita kena sentiasa ingatkan mereka ini supaya bercakap apa saja dengan anak kita. By the age of 3, anak kita sepatutnya mempunyai perbendaharaan kata sebanyak 9 hingga 33 juta perkataan... wow banyaknye!

Layarilah blog saya www.cepatmembaca.blogspot.com untuk mendapat tips bagaimana merangsang anak bermula daripada dalam kandungan.

Wednesday, April 23, 2008

Jom, Selamatkan Bumi Kita


Salam. Syukur Alhamdulillah kerana ALlah swt masih lagi memberi peluang untuk kita bersama menikmati dunia ini.

Saya masih ingat lagi daripada kecil arwah ayah selalu ingatkan saya supaya menutup lampu dan kipas sekiranya saya keluar dari bilik saya(He was always checking. Kadang naik boring!). Agaknya sebab itulah sampai hari ini saya begitu sensitif sekiranya ada orang meninggalkan bilik dengan kipas yang dipasang pada nombor 5 dan lampu yang terang benderang(especially kat surau & masjid).

Di rumah saya, sayalah yang becok mulut berpesan kepada anak-anak dan suami "Don't forget to switch off the light; Don't forget to switch off the fan... bla bla bla. Tapi sorang pun tak lekat habit! I wonder why. Justification my husband,kat Kampung Sungai Batu, Pantai Remis(his hometown) sampai 1984 pun masih tak ada letrik. But my children?? I've been telling them since they were small. Masiih lupa jugak!

Agaknya, budak-budak suka ambil yang mudah. Al maklumlah, semuanya hidup di zaman penuh kemewahan.

But i don't easily give up. Yesterday, selepas solat Maghrib, saya kumpulkan semua ahli keluarga to remind them it is our responsbility as a Muslim to save electricity, to save water , to save paper - not because yesterday was World Earth Day! Istimewanya kita, Allah swt menjadikan kita Khalifaturardh - yang akan membawa rahmat pada alam ini. Tapi ramai orang lupa amanah Allah ini, especially Malays - who are Muslims. So mothers & fathers, teachers and friends, please spread the word, Jom selamatkan bumi kita. Tell our muslim brothers & sisters, tell our muslim children, we are khalifah Allah. Allah wants us to be good. Allah wants us to help others be good. Allah wants us to keep the world & the universe clean & beautiful!




Sunday, April 20, 2008

ReBUtlah MAsA SenANgmu SeBELum mASa SusAHmu


Salam. Semoga kita hari ini lebih baik dari semalam.

Dua hari lepas, Allah swt memberi peluang kepada saya untuk bersama rakan-rakan aktivis Wanita Jim Kelantan (NGO) menganjurkan forum 'Melonjakkan Aktivisme Wanita' bersama panelist-panelist yang ternyata hebat - Prof Madya Dr Harlina Harliza Siraj, Senator Mumtaz Md Nawi(PAS) & Prof Madya Siti Hawa(One Stop Crisis Centre -HUSM). I'm prejudice. I just love Dr Har - she is a person who speaks from the heart. Dan memang terlonjak-lonjaklah aktivisme saya! Rase tak boleh duduk diam lagi!

And this is the first time i'm listening to Senator Mumtaz & Prof Siti Hawa. Senator Mumtaz pula begitu mantap menjelas penglibatan wanita dalam masyarakat dengan mengambil contoh Siti Khadijah, Siti Aishah serta wanita lain di zaman Rasulullah saw. I fell in love with her too! Dan Prof Siti Hawa pula begitu lemah-lembut tutur katanya tetapi CUKUP bernas. Sehingga saya yakin selepas ini saya akan terjun ke dalam masyrakat to do something good.

Sebenarnya sebelum ini saya berada dalam zon selesa for many years.. hampir 6 tahun saya hanya sibuk dengan bisnes saya, Bacalah Anakku, Readeasy, Tadika, Bacalah Anakku, Readeasy, Tadika. Memang saya jumpa banyak orang. Memang saya share ilmu ajar membaca dengan banyak orang - but i got paid for it. Inside my heart Iwanted to do something more enriching.

Jadi pada tahun lepas saya mencari member-member lama saya(Wanita JIM). I joined them again for a weekly programme. But it was after I was given the opportunity to become the pengarah program Bicara Pendidikan that i really felt the bond among us. Sebab tu lah kita kena sama -sama as a team buat kerja - ajak adik-beradik kita, ajak saudara kita, ajak jiran kita, ajak kenalan kita & siapa saja untuk sama-sama buat kebaikan. From there onwards, there was no turning back. Semoga Allah swt memberi kekuatan untuk saya terus mencari keredhaanNya - kerana itula sebenarnya TUJUAN HIDUP kita. Sebagaimana kata Dr Har, "Sekiranya saya terpaksa menggadai nyawa untuk mendapat redha Allah, maka saya AKAN menggadai nyawa saya." Allahuakbar!

Fuyoh! Punya hebat forum tu sehingga saya terus dapat idea nak mulakan Persatuan Penggalak Literasi . Ada sape-sape nak join? Jom sama-sama do something for the society.

Friday, April 18, 2008

KAedaH FOneTik

Salam. Semoga semua diterangi hidayah Allah Azzawajalla.

KAEDAH FONETIK / FONIK
- to some of you may be this is the first time you come across this word. Saya masih ingat pada tahun pertama kami publish Bacalah Anakku. Ada orang fon cari buku kaedah fotenik... mujurlah tak hydroponik (masa tu orang tengah gila tanam pokok hydroponik)! So apa sebenarnya kaedah fonetik/fonik ni? In simple language fonik means 'bunyi'. Bunyi ape ye? Bunyi huruf ke?

Let me explain - let's take a word 'ani'. SAy it aloud. Now, what are the sounds you hear when you say 'ani'? Anda mungkin katakan ada bunyi /a/ dan /ni/. Boleh diterima. Tapi /ni / sebenarnya terdiri daripada 2 bunyi - iaitu /n/ dan /i/. Jadi ada 3 bunyi paling kecil dalam 'ani'.

Let's take another word, 'abang'. Cuba sebut bunyi-bunyi dalam 'abang'. /a/, /b/, /a/ dan /ng/. dalam 'abang' ada 4 bunyi sahaja walaupun ada 5 huruf.

So setiap bunyi ini boleh di wakili oleh satu simbol(huruf). Bunyi /a/ diwakili huruf 'a'. Bunyi /n/ oleh huruf 'n', Bunyi /i/ oleh 'i'. Bunyi /b/ oleh 'b' dan bunyi /ng/ oleh 'ng'. Dan semua bunyi-bunyi ini adalah bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu.

Dalam Kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu( 28 bunyi kesemuanya). Mereka tidak diajar menyebut /ei/, /bi/, /si/ (a, b, c) iaitu nama-nama huruf.

Jadi bagaimana mereka membaca? kanak-kanak diajar membaca dengan
menggabung bunyi. Sebagai contoh /n/ kawan dengan /a/ jadi /na/; /m/ kawan dengan /i/ jadi /mi/. Lebih logik, lebih mudah!

Tidak seperti Kaedah Mengeja:
1. Kanak-kanak mesti hafal & kenal /ei/, /bi/, /si/ ... /zed/(a, b, c, ...z) - 26 simbol kesemuanya dulu.

2. Seterusnya, kanak-kanak terpaksa menghafal pola-pola ejaan seperti b(bi) a(ei) ba, b(bi) i(ai) bi, b(bi) u(yu) bu, b(bi) e(e) be, b(bi) e(e) be, b(bi) o(o) bo.
cuba kita bilang ada berapa banyak pola ejaan daripada ba bi bu be be bo sehingga za zi zu ze ze zo - 108 pola.

How about ban bin bun ben ben bon... zan zin zun zen zen zon? tambah lagi 108 pola.

How about bal bil bul bel bel bol .... dan perbagai lagi akhiran sehinggalah bang bing bung beng beng bong. Dah habis bilang ke? Yup beratus-ratus pola for children to memorize in order for them to read all the words in BM.

Patutla ramai kanak-kanak sekolah rendah di M'sia tak hebat membaca( begitu juga pelajar sekolah menengah).

3. Setelah menghafal a, b, c dan pola-pola ejaan(suku kata terbuka dahulu) tadi barulah mereka diajar membaca perkataan.
Bagi perkataan 'baju', kanak-kanak yang menggunakan kaedah mengeja akan 'membatang' & 'mengeja suku kata' dulu , b(bi) a(ei) ba, j(jei) u(yu) ju. Kemudian undur balik sebut 'baju'.

Jelas
kaedah mengeja lambat sebab kena masuk gear reverse. Untuk perkataan pendek, okla lagi. Tapi untuk perkataan yang lebih panjang seperti 'menyeronokkan'? Cuba kita try. Susahkan? Kena pandai pecah-pecahkan perkataan dan eja dulu. Kemudian reverse.. BY the time reverse to read the word, kanak-kanak dah lupa apa yang disebut mula-mula. Just imagine a 4 year old using this method to learn to read!

Merangkak-rangkak membaca &
membebankan memori. Tambahan pula tak logik. Cuba sebut b a (bi ei). Mana boleh bi ei jadi /ba/ - bi ei jadi biei la!. Tak mungkin jadi /ba/..
So kenapa pulak kita nak guna kaedah mengeja untuk mengajar anak membaca? Ambo tohok doh kaedah mengeja ni dale sunga kelate!

Thursday, April 17, 2008

Peluang Daripada Allah swt



Salam. Semoga semua pembaca dirahmati & diberkati Allah swt.

Fikir punya fikir dah 10 tahun saya & suami menulis Bacalah Anakku. Dan sudah 10 tahun kami ke hulu ke hilir berkongsi pengalaman & tips mengajar membaca. Habis Malaysia kami pusing. Ke Singapore dan juga Brunei. Sabah & Sarawak pun sempat sampai. At an average, we conduct 2 courses every week, 3 times a month. Peserta kursus kadang ramai 100 lebih, kadang sikit,,15 orang pun ada. Biasa-biasa 30, 40 orang. So calculate punya calculate, lets say, 40pax x 6 = 240 peserta sebulan. Setahun 240 x 10(bulan cukuplah) = 2400. 10 tahun, 2400 x 10 = 24000. Eh ramai juga dah ikut kursus membaca kami! Rasa rugi kalau tak kongsi pengalaman dengan pembaca bloggers (He he baru pandai buat blog).

Syukur Alhamdulillah, Allah swt memberi kami peluang, kesihatan dan kecintaan untuk berkongsi kejayaan kami mengajar anak-anak membaca dari usia yang awal. Memang INSPIRASI & ASPIRASI kami nak lihat anak Malaysia mendapat peluang membaca awal. Macam anak-anak di negara maju. Anak MAlaysia BOLEH!


Ia bermula apabila saya mendapati, Athirah, anak ketiga saya, tidak dapat membaca ketika berumur 6 tahun. It was 1995. I was an English teacher at SMKA NAim Lilbanat. I was busy at that time.. passionate about my work in school. Balik penat.. So tercicirla Athirah.(Hey, I'm human right?). Pada November tahun itu, saya panik. Masa tu sesi baru persekolahan bermula bulan Disember.. I have only 1 month to make sure Athirah melangkah ke Tahun 1 dengan confident. I know how important it was for a child to know how to read before going to Year 1 - they will get a headstart. Aishah, my eldest could read at 5 and Adzim my second, at 6. Masa tu saya belum lagi begitu sibuk dengan tugas-tugas saya di sekolah menengah. So I could spend more time with them. Tapi athirah ... tercicir! And I didn't blame her teachers. Sebab kat tadika masa tu cikgu banyak mengajar 'mengalar, menepek' (colouring, pasting. Fuyoh.. orang kelantan speaking tau!).

To cut the story short, I rushed to Muda Osman, the biggest bookstore in KB, to find books to teach my daughter to read. Alahai.. yang banyak buku 'mengalar, menepek' juga! Dan buku yang mengajar huruf a, b, c...z sahaja. I was disappointed sebab masa tu semangat tengah berkobar-kobar nak mengajar anak membaca. Sampai rumah apalagi, luah kat kanda. My dear husband suggested we write our own books to teach Athirah.

So we used our knowledge as English Teachers to write 'Bacalah Sayang'(pada masa itu) based on phonetics. Sebelum ini saya dah cuba Peter & Jane, Glen Doman(yang menggunakan kaedah pandang sebut) dengan anak pertama - tapi rasa too tedious. sebab kena make my children memorize a lot of words - & I'm a working mother. Mana ada masa nak flash cards 5 times a day!). Aishah dan Adzim pun berjaya membaca menggunakan kaedah fonetik. Memang saya YAKIN 200% KAEDAH FONETIK is the BEST method to teach a small child to read. Mudah, logik, tidak mengambil masa yang panjang & yang best anak hebat membaca (fluent reader) & juga menulis.