CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

Di Antara PPSMI & Wajib Lulus BI SPM

Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa? Mudah aje, teach your children to read English at an early age.

Arwah ayah saya merupakan bekas guru Bahasa Inggeris dalam tahun 50 & 60an. Saya lahir dan besar di Kelantan, jadi tak peliklah saya selesa bercakap loghat kelate. Tapi ayah saya banyak menggunakan BI dengan anak-anaknya. Saya masih lagi menyimpan beberapa buku-buku cerita Enid Blyton yang saya mula baca semenjak Darjah 3(1973). The Secret Seven, The Famous Five, The Five Find Outers(I think), dan seterusnya siri buku Nancy Drews & The Hardy Boys menjadi teman saya, everywhere & anywhere. Memang saya ulat buku, tapi buku cerita sahaja. dan buku cerita BI sahaja. Bila saya balik dari belajar di luar negera, pada tahun 1987, saya dapati ibu bapa saya masih menyimpan berpuluh-puluh buku cerita Enid Blyton tadi.

Pendedahan awal kepada bahan bacaan BI membuat saya tidak gemar membaca buku cerita BM. Yang untungnya, bila ujian BI saya akan skor lebih daripada ujian BM. Yang bestnya, kerana banyak membaca buku-buku BI, saya tak perlu belajar 'grammar'. I could answer comprehension questions and fill in blanks for grammar questions easily. I could also write in English quite well. Sehinggalah saya mengambil Diploma Pendidikan dalam Pengkhususan BI, saya tak pernah hafal atau betul-betul faham apa itu nouns, adjectives, adverbs & conjunctions. Saya tak pernah hafal 'he, she, it, Ali, the cat' mesti diikuti oleh 'is', blah blah blah dan lain-lain grammar rules. Bila dah jadi guru BI, barulah faham all the grammar items.. By the way, saya merupakan kumpulan pelajar pertama yang menduduki SPM(1980) bukan MCE.

Pengalaman saya sebagai guru BI sekolah menengah di kelantan menggunakan Communicative English, tidak dapat menghasilkan pelajar yang hebat BI. Walaupun Communicative English, kebanyakan guru BI masih mengajar grammar secara khusus. Tetapi, majoriti pelajar masih lemah BI - bercakap tunggang-langgang, membaca BI serupa baca BM, menulis karangan BI jauh sekali. Pendek kata tak pelikla kalau pelajar salin semula soalan paper 2 BI.

Sekarang dah 8 tahun saya dan suami menerbitkan
Readeasy Phonics(2001). Feedback daripada beratus org guru & ibu bapa yang mengajar anak membaca menggunakan Readeasy sebelum melangkah ke Tahun 1,anak-anak ini membaca BI with good pronunciation compared to their siblings in primary school. They love math & science because they can easily understand what is taught. And it seems English is their best subject. I believe it's not too far fetch to predict that these children will easily pass their English SPM.

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita pakat ajar anak baca BI hari ni jugak!