CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 12, 2008

MEMORIES IN KUANTAN

Salam.

Hmmm... seronok betul bertemu orang Kuantan Ahad, 10 hb, dalam Kursus Promosi Bacalah Anakku & ReadEasy. Lebih kurang 120 orang hadir - mostly ladies, of course. Peserta Kuantan cukup sporting and we had fun practising sebut bunyi & juga melakonkan Teknik Asosiasi Aksi bersama.Teknik Asosiasi Bunyi /u/ - ulat berjalan di atas lengan u..u..u, geletek bawah ketiak!

Pada tahun ini saya dapati lebih banyak guru-guru sekolah rendah turut serta dalam kursus kami. Harapan saya guru-guru di sekolah kerajaan lebih terbuka dalam menggunakan Kaedah Fonetik Bacalah Anakku sebagai kaedah alternatif untuk mengajar kanak-kanak membaca. Jadi tak timbullah masalah kanak-kanak yang belajar membaca menggunakan Bacalah Anakku di tadika tidak dapat 'difahami' oleh guru-guru sekolah rendah kebangsaan. Pada tahun lepas, kami pernah bersembang dengan Pengarah Institut Perguruan Tawau yang memberitahu kami bahawa KPP sendiri menyatakan "Gunalah kaedah gila apa sekali pun, asalkan pelajar dapat membaca..!"

Dan Kaedah Fonetik Bacalah Anakku adalah kaedah yang 'jauh sekali daripada gila'! Ia adalah kaedah yang paling logik & cukup mudah terutama untuk kanak-kanak pra-sekolah. Dengan mengenal lebih kurang 28 bunyi kecil dalam Bahasa Melayu dan menggunakan konsep gabungbunyi , kanak-kanak dapat membaca hampir kesemua perkataan dalam Bahasa Melayu.

Kami di Tawau atas jemputan Institut Perguruan Tawau yang menganjurkan Kursus Intensif Bacalah Anakku untuk guru-guru sekolah angkat mereka. So, dengan jemputan tersebut, confirmlaa ... mereka menerima Bacalah Anakku sebagai kaedeh alternatif untuk mengatasi masalah buta huruf di sekolah-sekolah.
Ke Arah Sifar Buta Huruf Di Malaysia




Friday, August 8, 2008

Oh A B C...

Salam. Semoga kita mengambil peluang memperbanyakkan amal di bulan Syaaban yang mulia ini sebagai persediaan menghadapi Ramadan.

Semenjak Julai, saya begitu sibuk mengadakan
kursus promosi Bacalah Anakku & Readeasy di seluruh Malaysia bersama suami. Seronok betul bertemu ibu-ibu, guru-guru dan juga yang paling best BAPA-BAPA serta NENEK-NENEK yang begitu prihatin terhadap anak-anak kecil, terutama dalam aspek mengajar membaca.

Baguslah, dapat penglibatan seluruh famili bila mengajar anak membaca. Kami cukup gembira bila semua orang terlibat. Begitu juga guru tadika. Kalau tidak, banyak juga ibu bapa yang menyalahkan GURU sahaja apabila anak tidak pandai membaca!

Masih banyak lagi ibu bapa yang masih
'blank' tentang mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonetik/fonik. Banyak ibu bapa masih terikat dengan kaedah mengeja untuk mengajar anak membaca. Banyak ibu bapa panik bila anak masih tidak mengenal a(ei), b(bi), c(si) setelah 3 bulan ke tadika!

Bagi kami, pengamal kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kalau tak tahu a, b, c(nama huruf) lagi BEST. Lagi mudah nak ajar anak membaca. Lagi cepat dan lancar anak belajar membaca.

Apabila kami menyebut hal ini kepada peserta kursus, maka ramailah yang angkat tangan mengatakan "Tak boleh tak ajar abc.. nanti parents marah." Ada yang sampai keluarkan anak. So, sebab takut kehilangan pelajar, guru tadika akan mengajar kanak-kanak menghafal abc...z. (Tolong.... JANGAN ajar).

Menurut Professor McGuiness(Pengarang buku 'Why Our Children Can't Read),
"The first road block to reading is when you teach your child a b c.". Di dalam buku The Alphabet Effect pula, pengarang buku mengatakan "It is meaningless to teach a small child a b c." (Sila rujuk tajuk Kaedah Fonetik di dalam blog ini.)
Sebaliknya, ajarlah anak bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu.

Oleh itu saya cadangkan pihak tadika sebaiknya membuat
taklimat(before new school year begins) to educate parents on how to teach children to read using Bacalah Anakku. Berlatihlah menyebut bunyi dengan ibu bapa. Nyanyilah Lagu Fonik Abu Ada Ayam(jangan lupa ajar aksi ye...) bersama mereka. Dan beritahu ibu bapa, kita, pihak tadika, perlu sokongan ibu bapa di rumah untuk membantu anak membaca. InsyaAllah dengan sokongan ibu bapa & nenek di rumah, anak dapat membaca pada usia lebih awal dengan cepat dan lancar!

Ada pula yang memberitahu kami mereka terpaksa mengajar abc...z sebab ada ujian kemasukan sekolah rendah swasta (& setahu saya, juga dalam ujian BM Tahun 1), yang mana kanak-kanak diuji mengisi tempat kosong huruf abjad.

a b _ d e f g _ _ j k l _ n .......

Agaknya, nak semak senarai nama nak mengundi nanti kut!

Hmmmm, kalau boleh bagitau pihak sekolah atau penggubal soalan peperiksaan bahawa tak penting untuk kanak-kanak kecil mengingat a b c mengikut urutan... lambat lagi nak layak mengundi.

Saya tak pernah mengajar kelima-lima anak saya abc ikut urutan pada umur 6 atau 7 tahun. Selalunya dalam ujian BM yang pertama Tahun 1, markah anak saya rendah kerana tidak dapat menjawab soalan mengisi tempat kosong huruf abjad. To me it's no big deal. Saya tak marahkan anak saya. In fact, I explained to them "You can read very well already and it's not important for you to remember all the abc's in that order." And in the next exam usually they score better kerana tak ada lagi soalan begitu.

Harapan saya pihak penggubal soalan lebih terbuka dalam hal ini. Sudah 20 tahun saya terlibat dalam mengajar kanak-kanak pra sekolah, pelajar sekolah rendah & menengah maupun orang dewasa belajar membaca menggunakan Bacalah Anakku tanpa mengajar abc dahulu... dan kesemua mereka menjada
pembaca yang lebih hebat di samping dapat mengeja perkataan dengan lebih tepat.

Ayuh, kita bagitau kawan-kawan kita pasal abc ni...