CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 12, 2008

MEMORIES IN KUANTAN

Salam.

Hmmm... seronok betul bertemu orang Kuantan Ahad, 10 hb, dalam Kursus Promosi Bacalah Anakku & ReadEasy. Lebih kurang 120 orang hadir - mostly ladies, of course. Peserta Kuantan cukup sporting and we had fun practising sebut bunyi & juga melakonkan Teknik Asosiasi Aksi bersama.Teknik Asosiasi Bunyi /u/ - ulat berjalan di atas lengan u..u..u, geletek bawah ketiak!

Pada tahun ini saya dapati lebih banyak guru-guru sekolah rendah turut serta dalam kursus kami. Harapan saya guru-guru di sekolah kerajaan lebih terbuka dalam menggunakan Kaedah Fonetik Bacalah Anakku sebagai kaedah alternatif untuk mengajar kanak-kanak membaca. Jadi tak timbullah masalah kanak-kanak yang belajar membaca menggunakan Bacalah Anakku di tadika tidak dapat 'difahami' oleh guru-guru sekolah rendah kebangsaan. Pada tahun lepas, kami pernah bersembang dengan Pengarah Institut Perguruan Tawau yang memberitahu kami bahawa KPP sendiri menyatakan "Gunalah kaedah gila apa sekali pun, asalkan pelajar dapat membaca..!"

Dan Kaedah Fonetik Bacalah Anakku adalah kaedah yang 'jauh sekali daripada gila'! Ia adalah kaedah yang paling logik & cukup mudah terutama untuk kanak-kanak pra-sekolah. Dengan mengenal lebih kurang 28 bunyi kecil dalam Bahasa Melayu dan menggunakan konsep gabungbunyi , kanak-kanak dapat membaca hampir kesemua perkataan dalam Bahasa Melayu.

Kami di Tawau atas jemputan Institut Perguruan Tawau yang menganjurkan Kursus Intensif Bacalah Anakku untuk guru-guru sekolah angkat mereka. So, dengan jemputan tersebut, confirmlaa ... mereka menerima Bacalah Anakku sebagai kaedeh alternatif untuk mengatasi masalah buta huruf di sekolah-sekolah.
Ke Arah Sifar Buta Huruf Di Malaysia




2 comments:

Unknown said...

Salam,
saya ada mengikuti kursus untuk bacalah anakku di putrajaya pada 27/07/2008.
saya difahamkan pihak puan akan mengadakan kursus untuk guru selepas raya.saya ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini.
Di harap pihak puan dapat memberi informasi.
sekian terima kasih

FadRizals said...

asmkm...

anak lelaki sy brumur 3 thn 6 bln...
sy start ajar guna BacalahAnakku, tp dia x berminat langsung. hinggalah sy cuba ajar ReadEasy...barulah dia suka! Mungkin pengaruh kesemua bahan bacaan/pembelajaran dia dan kami suami isteri mostly in English.

Soalan saya:

1) Bolehkah sy mengajar dia ReadEasy terlebih dahulu kemudian baru BacalahAnakku?

2) Skrg sudah start ReadEasy +-2 minggu. Dia telah mengenal semua bunyi dlm Book 1. Tp, dia masih belum dpt identify each words. Cth: dia sebut 'keh' 'ae' 'teh', tp belum boleh nyatakan itu adalah 'cat'. Puas sy ulang2 kan pada dia..tp dia tetap lupa bila sy tanyakan pada waktu lain.
- Boleh Puan berikan saya tips utk bantu anak saya ?


Sekian, Terima Kasih.