
Saya dan suami mengambil masa lebih 2 tahun menyusun & menulis Readeasy Phonics(2001) untuk memastikan produk yang dihasilkan berkesan dan bertaraf dunia.
Readeasy Phonics disusun & ditulis berdasarkan 'structural atau synthetic phonics' yang sememangnya diiktirafkan oleh 'THE NATIONAL READING FOUNDATION OF AMERICA' sebagai kaedah mengajar Bahasa Inggeris yang PALING BAIK.
Di UNITED KINGDOM pula, 'the government has given a go-ahead for children to be taught to read primarily using the synthetic phonics method. Currently, a mixture of approaches are used.
The Education Secretary, Ruth Kelly, announced she will be implementing the recommendations of a review headed by Jim Rose. The National Curriculum will be revised to reflect the review's conclusions that synthetic phonics teaching should start when a child is five.
A previous study in Scotland found out that children taught to read using the synthetic phonics method, were three years ahead, of children who learnt by other methods."
(20/03/2006)
Pada Februari yang lepas saya dan suami berkesempatan berbincang mengenai hal ini dengan Dr Laura Huxford di Brunei. We talked for more than 2 hours over dinner & it was truly enriching. We shared basically the same ideas & passion! Kecintaan kami untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang belajar membaca dengan kaedah yang paling efektif. (He he tentu sekalilah dengan Readeasy & Bacalah Anakku)
Dr Laura Huxford adalah the Director of Training, The National Literacy Strategy of United Kingdom dari 1998-2007. Kini beliau adalah Konsultan bagi Kementerian Pendidikan Brunei bagi membuat proposal meningkatkan kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak Brunei.
Di antara cadangan beliau untuk English Programme for Preschool di Brunei adalah peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris melalui Bahasa Melayu. Di sini Dr Laura tela
h memilih Bacalah Anakku bagi Program Membaca Bahasa
Melayu yang paling rasi dengan Program Membaca Bahasa Inggerisnya.Dr Laura memberitahu kami, beliau telah melawat Sekolah Rendah Rimba 2 & Pusat Membaca Ilmaz yang telah beberapa tahun menggunakan Bacalah Anakku. Dr Laura cukup berpuas hati dengan kaedah pengajaran Bacalah Anakku yang menyeronokkan & efektif. Lebih-lebih lagi kerana kaedah Bacalah Anakku disusun berdasarkan kaedah 'synthetic phonics'(Kaedah Fonetik Gabung Bunyi Bacalah Anakku).
Saturday, July 4, 2009
WHY READEASY 1?
Posted by Nik Eliani at Saturday, July 04, 2009 0 comments
Labels: AJAR BAHASA INGGERIS
Thursday, June 25, 2009
Di Antara PPSMI & Wajib Lulus BI SPM
Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa? Mudah aje, teach your children to read English at an early age.
Arwah ayah saya merupakan bekas guru Bahasa Inggeris dalam tahun 50 & 60an. Saya lahir dan besar di Kelantan, jadi tak peliklah saya selesa bercakap loghat kelate. Tapi ayah saya banyak menggunakan BI dengan anak-anaknya. Saya masih lagi menyimpan beberapa buku-buku cerita Enid Blyton yang saya mula baca semenjak Darjah 3(1973). The Secret Seven, The Famous Five, The Five Find Outers(I think), dan seterusnya siri buku Nancy Drews & The Hardy Boys menjadi teman saya, everywhere & anywhere. Memang saya ulat buku, tapi buku cerita sahaja. dan buku cerita BI sahaja. Bila saya balik dari belajar di luar negera, pada tahun 1987, saya dapati ibu bapa saya masih menyimpan berpuluh-puluh buku cerita Enid Blyton tadi.
Pendedahan awal kepada bahan bacaan BI membuat saya tidak gemar membaca buku cerita BM. Yang untungnya, bila ujian BI saya akan skor lebih daripada ujian BM. Yang bestnya, kerana banyak membaca buku-buku BI, saya tak perlu belajar 'grammar'. I could answer comprehension questions and fill in blanks for grammar questions easily. I could also write in English quite well. Sehinggalah saya mengambil Diploma Pendidikan dalam Pengkhususan BI, saya tak pernah hafal atau betul-betul faham apa itu nouns, adjectives, adverbs & conjunctions. Saya tak pernah hafal 'he, she, it, Ali, the cat' mesti diikuti oleh 'is', blah blah blah dan lain-lain grammar rules. Bila dah jadi guru BI, barulah faham all the grammar items.. By the way, saya merupakan kumpulan pelajar pertama yang menduduki SPM(1980) bukan MCE.
Pengalaman saya sebagai guru BI sekolah menengah di kelantan menggunakan Communicative English, tidak dapat menghasilkan pelajar yang hebat BI. Walaupun Communicative English, kebanyakan guru BI masih mengajar grammar secara khusus. Tetapi, majoriti pelajar masih lemah BI - bercakap tunggang-langgang, membaca BI serupa baca BM, menulis karangan BI jauh sekali. Pendek kata tak pelikla kalau pelajar salin semula soalan paper 2 BI.
Sekarang dah 8 tahun saya dan suami menerbitkan Readeasy Phonics(2001). Feedback daripada beratus org guru & ibu bapa yang mengajar anak membaca menggunakan Readeasy sebelum melangkah ke Tahun 1,anak-anak ini membaca BI with good pronunciation compared to their siblings in primary school. They love math & science because they can easily understand what is taught. And it seems English is their best subject. I believe it's not too far fetch to predict that these children will easily pass their English SPM.
Jadi tunggu apa lagi? Jom kita pakat ajar anak baca BI hari ni jugak!
Posted by Nik Eliani at Thursday, June 25, 2009 0 comments
Labels: AJAR BAHASA INGGERIS
Sunday, May 17, 2009
PUISI UNTUK GURU TADIKA
SALAM.
It's already June 2009, how time really flies these days. I've been so so busy this year & not too kind to my blog! What with my youngest(& the most manja) masuk sekolah, my eldest got married, conducting BACALAH ANAKKU/READEASY courses all over the country.. tambah-tambah lagi tahun ini Kementerian Pendidikan Brunei mengiktirafkan Kaedah Fonetik Gabung Bunyi Bacalah Anakku sebagai kaedah mengajar membaca di seluruh prasekolah. Syukur ke hadrat Allah Pemberi Rezeki. Sehingga sekarang hampir 300 orang guru prasekolah & Tahun 1 di Brunei telah kami latih, termasuk 20 orang jurulatih utama.
After more than 20 years terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak, especially dalam aspek mengajar anak kecil membaca, i would like to pay tribute to all teachers(termasuk ibubapa) yang mengajar anak membaca dengan penuh semangat & dedikasi. Siapalah kita kalau tidak tahu membaca? Siapalah kita kalau tidak tahu menulis? So sempena 16 Mei, HARI GURU MALAYSIA, saya mendedikasi puisi yang tak seberapa kepada insan yang menjadi guru pertama dalam hidup seseorang anak.
Yang mengusap rambutku
Oh cikgu tadikaku
Yang mengesat airmataku
Oh cikgu tadikaku
Yang memimpin tanganku
Oh cikgu tadikaku
Yang mengajarku a i u
Darimu
Ku mengenal buku
Darimu
Ku menimba ilmu
Oh cikgu tadikaku
siapakah aku
Tanpa kehadiranmu
Akan ku kenang
jasa baktimu
Hingga ke akhir
Hayat hidupku
SELAMAT HARI GURU, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SELURUH WARGA GURU.
Posted by Nik Eliani at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Labels: Hari Guru
Tuesday, August 12, 2008
MEMORIES IN KUANTAN
Salam.
Teknik Asosiasi Bunyi /u/ - ulat berjalan di atas lengan u..u..u, geletek bawah ketiak!Dan Kaedah Fonetik Bacalah Anakku adalah kaedah yang 'jauh sekali daripada gila'! Ia adalah kaedah yang paling logik & cukup mudah terutama untuk kanak-kanak pra-sekolah. Dengan mengenal lebih kurang 28 bunyi kecil dalam Bahasa Melayu dan menggunakan konsep gabungbunyi , kanak-kanak dapat membaca hampir kesemua perkataan dalam Bahasa Melayu.
Kami di Tawau atas jemputan Institut Perguruan Tawau yang menganjurkan Kursus Intensif Bacalah Anakku untuk guru-guru sekolah angkat mereka. So, dengan jemputan tersebut, confirmlaa ... mereka menerima Bacalah Anakku sebagai kaedeh alternatif untuk mengatasi masalah buta huruf di sekolah-sekolah.
Posted by Nik Eliani at Tuesday, August 12, 2008 2 comments
Labels: KURSUS CEPAT MEMBACA
Friday, August 8, 2008
Oh A B C...
Salam. Semoga kita mengambil peluang memperbanyakkan amal di bulan Syaaban yang mulia ini sebagai persediaan menghadapi Ramadan.
Semenjak Julai, saya begitu sibuk mengadakan kursus promosi Bacalah Anakku & Readeasy di seluruh Malaysia bersama suami. Seronok betul bertemu ibu-ibu, guru-guru dan juga yang paling best BAPA-BAPA serta NENEK-NENEK yang begitu prihatin terhadap anak-anak kecil, terutama dalam aspek mengajar membaca.
Baguslah, dapat penglibatan seluruh famili bila mengajar anak membaca. Kami cukup gembira bila semua orang terlibat. Begitu juga guru tadika. Kalau tidak, banyak juga ibu bapa yang menyalahkan GURU sahaja apabila anak tidak pandai membaca!
Masih banyak lagi ibu bapa yang masih 'blank' tentang mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonetik/fonik. Banyak ibu bapa masih terikat dengan kaedah mengeja untuk mengajar anak membaca. Banyak ibu bapa panik bila anak masih tidak mengenal a(ei), b(bi), c(si) setelah 3 bulan ke tadika!
Bagi kami, pengamal kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kalau tak tahu a, b, c(nama huruf) lagi BEST. Lagi mudah nak ajar anak membaca. Lagi cepat dan lancar anak belajar membaca.
Apabila kami menyebut hal ini kepada peserta kursus, maka ramailah yang angkat tangan mengatakan "Tak boleh tak ajar abc.. nanti parents marah." Ada yang sampai keluarkan anak. So, sebab takut kehilangan pelajar, guru tadika akan mengajar kanak-kanak menghafal abc...z. (Tolong.... JANGAN ajar).
Menurut Professor McGuiness(Pengarang buku 'Why Our Children Can't Read), "The first road block to reading is when you teach your child a b c.". Di dalam buku The Alphabet Effect pula, pengarang buku mengatakan "It is meaningless to teach a small child a b c." (Sila rujuk tajuk Kaedah Fonetik di dalam blog ini.)
Sebaliknya, ajarlah anak bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu.
Oleh itu saya cadangkan pihak tadika sebaiknya membuat taklimat(before new school year begins) to educate parents on how to teach children to read using Bacalah Anakku. Berlatihlah menyebut bunyi dengan ibu bapa. Nyanyilah Lagu Fonik Abu Ada Ayam(jangan lupa ajar aksi ye...) bersama mereka. Dan beritahu ibu bapa, kita, pihak tadika, perlu sokongan ibu bapa di rumah untuk membantu anak membaca. InsyaAllah dengan sokongan ibu bapa & nenek di rumah, anak dapat membaca pada usia lebih awal dengan cepat dan lancar!
Ada pula yang memberitahu kami mereka terpaksa mengajar abc...z sebab ada ujian kemasukan sekolah rendah swasta (& setahu saya, juga dalam ujian BM Tahun 1), yang mana kanak-kanak diuji mengisi tempat kosong huruf abjad.
a b _ d e f g _ _ j k l _ n .......
Agaknya, nak semak senarai nama nak mengundi nanti kut!
Hmmmm, kalau boleh bagitau pihak sekolah atau penggubal soalan peperiksaan bahawa tak penting untuk kanak-kanak kecil mengingat a b c mengikut urutan... lambat lagi nak layak mengundi.
Saya tak pernah mengajar kelima-lima anak saya abc ikut urutan pada umur 6 atau 7 tahun. Selalunya dalam ujian BM yang pertama Tahun 1, markah anak saya rendah kerana tidak dapat menjawab soalan mengisi tempat kosong huruf abjad. To me it's no big deal. Saya tak marahkan anak saya. In fact, I explained to them "You can read very well already and it's not important for you to remember all the abc's in that order." And in the next exam usually they score better kerana tak ada lagi soalan begitu.
Harapan saya pihak penggubal soalan lebih terbuka dalam hal ini. Sudah 20 tahun saya terlibat dalam mengajar kanak-kanak pra sekolah, pelajar sekolah rendah & menengah maupun orang dewasa belajar membaca menggunakan Bacalah Anakku tanpa mengajar abc dahulu... dan kesemua mereka menjada pembaca yang lebih hebat di samping dapat mengeja perkataan dengan lebih tepat.
Ayuh, kita bagitau kawan-kawan kita pasal abc ni...
Posted by Nik Eliani at Friday, August 08, 2008 0 comments
Labels: TIP AJAR BACA
Tuesday, April 29, 2008
MY KINDERGARTEN: LiTtLe AuLAd PLaySChOol
Kanak-kanak 5 tahun membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari dalam subjek bertema 'Grouptime'. Laris betul jualan!
Posted by Nik Eliani at Tuesday, April 29, 2008 0 comments
Labels: Little Aulad Playschool
Sunday, April 27, 2008
WoRLd BOok DAy
Salam. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah swt ke atas kita.
23 APRIL telah dipilih sebagai Hari Buku Sedunia - untuk mengingati kita betapa pentingnya membaca, buku & ilmu di dalam hidup kita.
'Everything starts with reading' (anda setuju?) Kerasulan Nabi Muhammad saw juga bermula dengan firman Allah swt "Iqra... Bacalah".
Di mana-mana negara sekali pun, kemahiran membaca dipandang penting. Masyarakat membaca dipandang maju.. Kata Presiden Clinton "Literacy is not a luxury. It is a RIGHT & a RESPONSIBILITY."
Sebagai orang yang terlibat mengajar anak-anak membaca awal & melatih guru dan ibu bapa mengajar anak membaca, saya merasakan satu TRAGEDI sekiranya seorang anak tidak pandai membaca.. Bagaimana pula sekiranya satu keluarga? Atau satu kampung atau satu sekolah ?
Berulang kali saya memberitahu ibu bapa, 'Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi HAK SETIAP ANAK'.
Maka ibu bapalah orang pertama yang dipertanggungjawabkan. Sabda rasulullah saw. "Sesungguhnya sebahagian daripada hak anak ke atas orang tuanya ialah memberi nama yang baik, mengajarnya tulis baca dan menikahnya jika(anaknya itu) sudah dewasa (HR Ibn Hajar& Al BAihaqi drp Abu Hurairah). Ada pepatah Inggeris pula yang berbunyi 'Children are made readers on the laps of their parents.'
Tidak wajarlah kita ibu bapa melepas tangan kepada guru(tadika) sebulat-bulat. Tidak wajarlah sama sekali sekiranya kita menuding jari kepada guru sekiranya anak kita tidak pandai membaca..
Jom, hari ini juga kita ajar anak kita sendiri membaca. Esok kita tolong ajar anak orang lain.
TIP UNTUK IBU BAPA:
1. Talk, talk talk to your child seawal anak dalam kandungan. (Rangsangan pendengaran & penyimpanan perbendaharaan kata).
2. Bacakan buku cerita seawal umur anak berumur 2 minggu. (Minggu pertama mungkin nak concentrate bertungku). Jadikan membaca buku cerita kepada anak anda sebagai budaya keluarga anda.
My children enjoy listening to me read stories sehingga mereka di sekolah rendah(because I'm passionate about it. Passion & enthusiasm are contagious).
3. Ajar 'bunyi huruf'(speech sounds) bukan a, b, c (ei, bi, si). Boleh guna Set Lagu Fonik Abu Ada Ayam (kad imbas huruf, CD audio lagu, buku mewarna. Sesuai untuk anak 6 bulan ke atas).
4. Ajar anak membaca secara lebih tersusun( 2 minit, 3x/sehari) apabila dia berumur 3 tahun (lebih kurang) dengan memilih program bacaan yang terbukti berkesan seperti Bacalah Anakku(He he) untuk Bahasa Melayu atau Readeasy untuk Bahasa Inggeris.
Remember what you are doing is helping to build a NATION of READERS - mengajar anak membaca adalah HAK & TANGGUNGJAWAB.
Walau bagaimanapun, JANGAN sekali-kali lupa untuk mengajar anak membaca dalam suasana yang santai dan menyeronokkan! Mereka masih kanak-kanak yang sememangnya dalam alam bermain.
Posted by Nik Eliani at Sunday, April 27, 2008 0 comments
Labels: TIP AJAR BACA