CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

SHARING IDEAS 4 - KURSUS PROMOSI MELAKA

11 JULAI Kursus Promosi Bacalah Anakku & Readeasy di Melaka

Kursus promosi ni samalah dengan Kursus Asas Mengajar Bacalah Anakku atau Readeasy. Separuh hari kongsi idea asas mengajar Bacalah Anakku, separuh hari lagi Readeasy. Yuran pun murah je RM50 untuk setiap kursus. Kalau ibu bapa minat nak ngajar anak membaca, eloklah join kursus asas ni. Dan sememangnya ibu bapa kena minat ajar baca... jangan lepas tangan kat cikgu aje. Pengalaman saya ibu bapa yang prihatin(bukan cerewet ye), selalu anak mereka cukup hebat .

Kursus ni juga sesuai untuk orang-orang baru yang 'on tight budget' atau tak nak spend duit banyak, nak cek ape ke benda Kaedah Fonetik Bacalah Anakku & Readeasy ni.


Saya enjoy betul kat Melaka sebab peserta aktif & responsif. Tengoklah aksi lumba kereta n n n orang Melaka.Kalah Michael Schumacher !
Syok nyanyi lagu fonik Abu Ada Ayam & Cory Cat dengan orang Melaka. Pitching lari sikit.. tapi yang penting jangan lupa lirik!

Dan yang best selalu ada orang yang dah 8, 10 tahun guna buku kami, tapi masih datang menjenguk kursus-kursus kami. Ada yang berjaya ajar anak sendiri membaca pada mulanya, dah buat kelas membaca untuk anak-anak jiran pula. Ada yang berjaya mengajar anak sendiri membaca, dah buka tadika pula. Syabas, syabas! Grab the opportunities that come your way.

By the way kami ada menawar Program Licensing untuk sesiapa yang minat membuka PUSAT CEPAT MEMBACA di rumah, tadika atau pusat-pusat tuisyen.

0 comments: