CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 19, 2009

SHARING IDEAS 1 - KUANTAN & PENANG

Bulan Jun & Julai dipenuhi dengan Kursus Bacalah Anakku & Readeasy. Dah hampir 12 tahun buat kerja ni tapi tak boring-boring. Cukup syok dapat jumpa guru-guru, ibu bapa & juga nenek-nenek(datuk-datuk belum lagi) yang concern pasal nak ajar anak(juga cucu) membaca.

19, 20 JUN Bacalah Anakku & Readeasy di Kuantan
Peserta di Kuantan kali ini kebanyakkannya terdiri daripada guru-guru fresh, muda remaja, baru mengajar awal tahun dan ada juga yang baru mengajar sebulan dua. Biasalah, bila kebanyakan peserta guru fresh, tak banyak soalan ditanya. Teknik penyampaian kami memang mengambil kira guru sebegini, so kami banyak tunjukcara step-by-step, mengajar satu bunyi, gabungbunyi, diikuti dengan guided microteaching.

27, 28 JUN Bacalah Anakku & Readeasy di Penang.
Di Penang kali ni cukup meriah. Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang, boss-boss tadika yang dah lama guna Bacalah Anakku & Readeasy, guru-guru baru, nenek pun ada, sorang; daripada pelbagai kaum. Very lively and full of questions. I enjoyed myself tremendously. TQ Penang!


0 comments: