CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 18, 2008

KAedaH FOneTik

Salam. Semoga semua diterangi hidayah Allah Azzawajalla.

KAEDAH FONETIK / FONIK
- to some of you may be this is the first time you come across this word. Saya masih ingat pada tahun pertama kami publish Bacalah Anakku. Ada orang fon cari buku kaedah fotenik... mujurlah tak hydroponik (masa tu orang tengah gila tanam pokok hydroponik)! So apa sebenarnya kaedah fonetik/fonik ni? In simple language fonik means 'bunyi'. Bunyi ape ye? Bunyi huruf ke?

Let me explain - let's take a word 'ani'. SAy it aloud. Now, what are the sounds you hear when you say 'ani'? Anda mungkin katakan ada bunyi /a/ dan /ni/. Boleh diterima. Tapi /ni / sebenarnya terdiri daripada 2 bunyi - iaitu /n/ dan /i/. Jadi ada 3 bunyi paling kecil dalam 'ani'.

Let's take another word, 'abang'. Cuba sebut bunyi-bunyi dalam 'abang'. /a/, /b/, /a/ dan /ng/. dalam 'abang' ada 4 bunyi sahaja walaupun ada 5 huruf.

So setiap bunyi ini boleh di wakili oleh satu simbol(huruf). Bunyi /a/ diwakili huruf 'a'. Bunyi /n/ oleh huruf 'n', Bunyi /i/ oleh 'i'. Bunyi /b/ oleh 'b' dan bunyi /ng/ oleh 'ng'. Dan semua bunyi-bunyi ini adalah bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu.

Dalam Kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu( 28 bunyi kesemuanya). Mereka tidak diajar menyebut /ei/, /bi/, /si/ (a, b, c) iaitu nama-nama huruf.

Jadi bagaimana mereka membaca? kanak-kanak diajar membaca dengan
menggabung bunyi. Sebagai contoh /n/ kawan dengan /a/ jadi /na/; /m/ kawan dengan /i/ jadi /mi/. Lebih logik, lebih mudah!

Tidak seperti Kaedah Mengeja:
1. Kanak-kanak mesti hafal & kenal /ei/, /bi/, /si/ ... /zed/(a, b, c, ...z) - 26 simbol kesemuanya dulu.

2. Seterusnya, kanak-kanak terpaksa menghafal pola-pola ejaan seperti b(bi) a(ei) ba, b(bi) i(ai) bi, b(bi) u(yu) bu, b(bi) e(e) be, b(bi) e(e) be, b(bi) o(o) bo.
cuba kita bilang ada berapa banyak pola ejaan daripada ba bi bu be be bo sehingga za zi zu ze ze zo - 108 pola.

How about ban bin bun ben ben bon... zan zin zun zen zen zon? tambah lagi 108 pola.

How about bal bil bul bel bel bol .... dan perbagai lagi akhiran sehinggalah bang bing bung beng beng bong. Dah habis bilang ke? Yup beratus-ratus pola for children to memorize in order for them to read all the words in BM.

Patutla ramai kanak-kanak sekolah rendah di M'sia tak hebat membaca( begitu juga pelajar sekolah menengah).

3. Setelah menghafal a, b, c dan pola-pola ejaan(suku kata terbuka dahulu) tadi barulah mereka diajar membaca perkataan.
Bagi perkataan 'baju', kanak-kanak yang menggunakan kaedah mengeja akan 'membatang' & 'mengeja suku kata' dulu , b(bi) a(ei) ba, j(jei) u(yu) ju. Kemudian undur balik sebut 'baju'.

Jelas
kaedah mengeja lambat sebab kena masuk gear reverse. Untuk perkataan pendek, okla lagi. Tapi untuk perkataan yang lebih panjang seperti 'menyeronokkan'? Cuba kita try. Susahkan? Kena pandai pecah-pecahkan perkataan dan eja dulu. Kemudian reverse.. BY the time reverse to read the word, kanak-kanak dah lupa apa yang disebut mula-mula. Just imagine a 4 year old using this method to learn to read!

Merangkak-rangkak membaca &
membebankan memori. Tambahan pula tak logik. Cuba sebut b a (bi ei). Mana boleh bi ei jadi /ba/ - bi ei jadi biei la!. Tak mungkin jadi /ba/..
So kenapa pulak kita nak guna kaedah mengeja untuk mengajar anak membaca? Ambo tohok doh kaedah mengeja ni dale sunga kelate!

1 comments:

e.l.i.z.@ said...

betul tu kak...eli pun br semalam tahu pasal kaedah ni..erkk tu pun beli buku ameen secara x sengaja :P

btw, sama ke fonetik ngan fonemik?