Salam. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah swt ke atas kita.
23 APRIL telah dipilih sebagai Hari Buku Sedunia - untuk mengingati kita betapa pentingnya membaca, buku & ilmu di dalam hidup kita.
'Everything starts with reading' (anda setuju?) Kerasulan Nabi Muhammad saw juga bermula dengan firman Allah swt "Iqra... Bacalah".
Di mana-mana negara sekali pun, kemahiran membaca dipandang penting. Masyarakat membaca dipandang maju.. Kata Presiden Clinton "Literacy is not a luxury. It is a RIGHT & a RESPONSIBILITY."
Sebagai orang yang terlibat mengajar anak-anak membaca awal & melatih guru dan ibu bapa mengajar anak membaca, saya merasakan satu TRAGEDI sekiranya seorang anak tidak pandai membaca.. Bagaimana pula sekiranya satu keluarga? Atau satu kampung atau satu sekolah ?
Berulang kali saya memberitahu ibu bapa, 'Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi HAK SETIAP ANAK'.
Maka ibu bapalah orang pertama yang dipertanggungjawabkan. Sabda rasulullah saw. "Sesungguhnya sebahagian daripada hak anak ke atas orang tuanya ialah memberi nama yang baik, mengajarnya tulis baca dan menikahnya jika(anaknya itu) sudah dewasa (HR Ibn Hajar& Al BAihaqi drp Abu Hurairah). Ada pepatah Inggeris pula yang berbunyi 'Children are made readers on the laps of their parents.'
Tidak wajarlah kita ibu bapa melepas tangan kepada guru(tadika) sebulat-bulat. Tidak wajarlah sama sekali sekiranya kita menuding jari kepada guru sekiranya anak kita tidak pandai membaca..
Jom, hari ini juga kita ajar anak kita sendiri membaca. Esok kita tolong ajar anak orang lain.
TIP UNTUK IBU BAPA:
1. Talk, talk talk to your child seawal anak dalam kandungan. (Rangsangan pendengaran & penyimpanan perbendaharaan kata).
2. Bacakan buku cerita seawal umur anak berumur 2 minggu. (Minggu pertama mungkin nak concentrate bertungku). Jadikan membaca buku cerita kepada anak anda sebagai budaya keluarga anda.
My children enjoy listening to me read stories sehingga mereka di sekolah rendah(because I'm passionate about it. Passion & enthusiasm are contagious).
3. Ajar 'bunyi huruf'(speech sounds) bukan a, b, c (ei, bi, si). Boleh guna Set Lagu Fonik Abu Ada Ayam (kad imbas huruf, CD audio lagu, buku mewarna. Sesuai untuk anak 6 bulan ke atas).
4. Ajar anak membaca secara lebih tersusun( 2 minit, 3x/sehari) apabila dia berumur 3 tahun (lebih kurang) dengan memilih program bacaan yang terbukti berkesan seperti Bacalah Anakku(He he) untuk Bahasa Melayu atau Readeasy untuk Bahasa Inggeris.
Remember what you are doing is helping to build a NATION of READERS - mengajar anak membaca adalah HAK & TANGGUNGJAWAB.
Walau bagaimanapun, JANGAN sekali-kali lupa untuk mengajar anak membaca dalam suasana yang santai dan menyeronokkan! Mereka masih kanak-kanak yang sememangnya dalam alam bermain.
0 comments:
Post a Comment