Salam. Semoga semua pembaca dirahmati & diberkati Allah swt.
Fikir punya fikir dah 10 tahun saya & suami menulis Bacalah Anakku. Dan sudah 10 tahun kami ke hulu ke hilir berkongsi pengalaman & tips mengajar membaca. Habis Malaysia kami pusing. Ke Singapore dan juga Brunei. Sabah & Sarawak pun sempat sampai. At an average, we conduct 2 courses every week, 3 times a month. Peserta kursus kadang ramai 100 lebih, kadang sikit,,15 orang pun ada. Biasa-biasa 30, 40 orang. So calculate punya calculate, lets say, 40pax x 6 = 240 peserta sebulan. Setahun 240 x 10(bulan cukuplah) = 2400. 10 tahun, 2400 x 10 = 24000. Eh ramai juga dah ikut kursus membaca kami! Rasa rugi kalau tak kongsi pengalaman dengan pembaca bloggers (He he baru pandai buat blog).
Syukur Alhamdulillah, Allah swt memberi kami peluang, kesihatan dan kecintaan untuk berkongsi kejayaan kami mengajar anak-anak membaca dari usia yang awal. Memang INSPIRASI & ASPIRASI kami nak lihat anak Malaysia mendapat peluang membaca awal. Macam anak-anak di negara maju. Anak MAlaysia BOLEH!
Ia bermula apabila saya mendapati, Athirah, anak ketiga saya, tidak dapat membaca ketika berumur 6 tahun. It was 1995. I was an English teacher at SMKA NAim Lilbanat. I was busy at that time.. passionate about my work in school. Balik penat.. So tercicirla Athirah.(Hey, I'm human right?). Pada November tahun itu, saya panik. Masa tu sesi baru persekolahan bermula bulan Disember.. I have only 1 month to make sure Athirah melangkah ke Tahun 1 dengan confident. I know how important it was for a child to know how to read before going to Year 1 - they will get a headstart. Aishah, my eldest could read at 5 and Adzim my second, at 6. Masa tu saya belum lagi begitu sibuk dengan tugas-tugas saya di sekolah menengah. So I could spend more time with them. Tapi athirah ... tercicir! And I didn't blame her teachers. Sebab kat tadika masa tu cikgu banyak mengajar 'mengalar, menepek' (colouring, pasting. Fuyoh.. orang kelantan speaking tau!).
To cut the story short, I rushed to Muda Osman, the biggest bookstore in KB, to find books to teach my daughter to read. Alahai.. yang banyak buku 'mengalar, menepek' juga! Dan buku yang mengajar huruf a, b, c...z sahaja. I was disappointed sebab masa tu semangat tengah berkobar-kobar nak mengajar anak membaca. Sampai rumah apalagi, luah kat kanda. My dear husband suggested we write our own books to teach Athirah.
So we used our knowledge as English Teachers to write 'Bacalah Sayang'(pada masa itu) based on phonetics. Sebelum ini saya dah cuba Peter & Jane, Glen Doman(yang menggunakan kaedah pandang sebut) dengan anak pertama - tapi rasa too tedious. sebab kena make my children memorize a lot of words - & I'm a working mother. Mana ada masa nak flash cards 5 times a day!). Aishah dan Adzim pun berjaya membaca menggunakan kaedah fonetik. Memang saya YAKIN 200% KAEDAH FONETIK is the BEST method to teach a small child to read. Mudah, logik, tidak mengambil masa yang panjang & yang best anak hebat membaca (fluent reader) & juga menulis.
Thursday, April 17, 2008
Peluang Daripada Allah swt
Posted by Nik Eliani at Thursday, April 17, 2008
Labels: Asuh Didik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment