Saya dan suami mengambil masa lebih 2 tahun menyusun & menulis Readeasy Phonics(2001) untuk memastikan produk yang dihasilkan berkesan dan bertaraf dunia.
Readeasy Phonics disusun & ditulis berdasarkan 'structural atau synthetic phonics' yang sememangnya diiktirafkan oleh 'THE NATIONAL READING FOUNDATION OF AMERICA' sebagai kaedah mengajar Bahasa Inggeris yang PALING BAIK.
Di UNITED KINGDOM pula, 'the government has given a go-ahead for children to be taught to read primarily using the synthetic phonics method. Currently, a mixture of approaches are used.
The Education Secretary, Ruth Kelly, announced she will be implementing the recommendations of a review headed by Jim Rose. The National Curriculum will be revised to reflect the review's conclusions that synthetic phonics teaching should start when a child is five.
A previous study in Scotland found out that children taught to read using the synthetic phonics method, were three years ahead, of children who learnt by other methods."
(20/03/2006)
Pada Februari yang lepas saya dan suami berkesempatan berbincang mengenai hal ini dengan Dr Laura Huxford di Brunei. We talked for more than 2 hours over dinner & it was truly enriching. We shared basically the same ideas & passion! Kecintaan kami untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang belajar membaca dengan kaedah yang paling efektif. (He he tentu sekalilah dengan Readeasy & Bacalah Anakku)
Dr Laura bersama Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Brunei turut sama menyanyi Abu ada ayam a a a.
Dr Laura bersama En Othman Ahamad(Penulis bersama Bacalah Anakku & Readeasy, merangkap suami saya.)
Di antara cadangan beliau untuk English Programme for Preschool di Brunei adalah peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris melalui Bahasa Melayu. Di sini Dr Laura telah memilih Bacalah Anakku bagi Program Membaca Bahasa Melayu yang paling rasi dengan Program Membaca Bahasa Inggerisnya.Dr Laura memberitahu kami, beliau telah melawat Sekolah Rendah Rimba 1 & Pusat Membaca Ilmaz yang telah beberapa tahun menggunakan Bacalah Anakku. Dr Laura cukup berpuas hati dengan kaedah pengajaran Bacalah Anakku yang menyeronokkan & efektif. Lebih-lebih lagi kerana kaedah Bacalah Anakku disusun berdasarkan kaedah 'synthetic phonics'(Kaedah Fonetik Gabung Bunyi Bacalah Anakku).
Reading Clinic di Sekolah Rendah Rimba 1.
Yang menarik mengenai sekolah ini bukan sahaja guru B. Melayu & B.Inggeris yang terlibat membuat kelas pemulihan bacaan, tetapi mana-mana guru yang free. Menurut Tuan Guru Besar En Nudin, Reading Clinic yang menggunakan Bacalah Anakku & Readeasy berjaya mengatasi masalah literasi di sekolahnya. Saya percaya gandingan pelaksanaan program intervensi bacaan sekolah yang mantap, dedikasi guru pengajar & (ehem ehem) bahan bacaan yang terbukti berkesan, Sek Ren Rimba 1 akan menerajui sekolah sifar buta huruf di Brunei.
0 comments:
Post a Comment